TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)

Nak buat sendiri? Boleh ikut tutorial dibawah ye... Ini cara Ninie ye... terpulang kepada anda. Boleh juga tanya En. GOOGLE... (^_^)




TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)
Hasil kerja tangan Ninie boleh dilihat di sini ye :
http://ninieshop2u.blogspot.com/2012/04/cute-gg-ribbon-type-c-vol-01-plain.html

atau sila klik SINI

Jom kita mulakan...

A. Ninie menggunakan plain grosgrain ribbon saiz 16mm. Potong kepada lebih kurang 22cm x 2 helai.

B. Jahitkan lebih kurang 6cm lebihan sepertimana gambar.


C. Rupa setelah dijahit.


D. Ambil sebelah kiri ribbon dan lipatkan ketengah. Anggaran (ninie main agak² je seimbang kiri kanan) sepertimana gambar.


E. Hasilnya setelah dijahit.


F. Ambil pula hujung sebelah kanan dan lipatkan/bawa ketengah dan jahit. Ulang langkah B hingga F kepada 1 lagi bahagian ribbon.


G. Jadi, akan ada 2 ribbon yang sama saiznya sepertimana gambar.


H. Ambil kedua² ribbon, cantumkan/satukan sepertimana gambar dan dijahit kemas sekali lagi.


I. Hasilnya mestilah kelihatan seperti ini. (rujuk gambar)


J. Guntingkan hujung ribbon agar menjadi tajam seperti dalam bulatan biru gambar di atas.


K. Untuk kemaskan agar jahitan tidak nampak, Ninie menggunakan ribbon hitam bersaiz 1cm dan juga buckle/ribbon slider. Anda boleh menggunakan kreativiti sendiri.


L. Ribbon dan buckle diletakkan ditengah² untuk menutup jahitan supaya nampak lebih kemas. Ninie menggunakan gam UHU sahaja. Insya'Allah... kuat... boleh juga menggunakan hot glue gun.


M. Hasilnya.... Terpulang pada anda untuk dijadikan Brooch / Hair Clip.

1 comments:

Cik Ai said...

terima kasih saya memang tgh cari seni kraf spt nie utk anak2 sendiri.......