Bulu Mata Anda



JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG NIPIS
* perkara yang selalu dilakukan ialah pakai bulu mata palsu
* kalau tak mau pakai bulu mata palsu, cuba sapukan maskara dengan fungsi penebalan
* sapukan sehingga 3 lapisan
* tapi biarkan setiap lapisan itu kering dulu sblm melakukan lapisan seterusnya.
* selain itu boleh jugak pakai eyeliner kerana ia mampu memberi ilusi bulu mata lebih lebat

JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG PENDEK
* jadikan pelentik bulu mata sbg gajet (cehh gajet) yang perlu/mesti ada dlm beg mekap
* panaskan pelentik bulu mata dgn pengering rambut sblm ia digunakan (kalau rendah dlm air panas bole ker yer? sbb saya tak der pengering rambut)
* mulakan melentik bulu mata pada bahagian pangkal bulu mata dengan hati2 dan perlahan.
* kemudian lentikan pula bahagian tengah dan diikuti dgn hujung bulu mata.
* akhir sekali, pakai la maskara mcm biasa

JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG LURUS
* pakai maskara daripada pangkal bulu mata hingga ke hujung
* pakai sekali lagi maskara utk lapisan kedua bermula dari bahagian tengah bulu mata hingga ke hujung.
* pakai sekali lagi maskara utk lapisan kedua tetapi hanya pakai pada hujung bulu mata saja.
* jgn lupa pakai maskara di bulu mata di sudut mata supaya meninggalkan kesan mata yg lebih galak..

Panduan Menjaga Kuku Dan Kulit Kaki Serta Tangan



Anda semua pasti biasa mendengar perkataan manicure dan pedicure kan?? Kedua-duanya adalah berkaitan dengan tatarias kuku tangan dan kaki. Kuku yang bersih menunjukkan tahap kebersihan diri seseorang tau.

Pernahkah anda melakukan rawatan kuku? Berapa kerap anda melakukannya?
# Untuk memastikan tata rias kuku bertahan lama, sapukan minyak kutikel pada lapisan atas kuku selepas rawatan bagi membantu mengekalkan kesan kilat dan lembab. Kesannya berpanjangan selepas sehari melakukan rawatan.

# Untuk mengekalkan kecantikan kuku, sapukan ia dua hari sekali supaya sentiasa nampak berkilat dan baru.

# Gunakan minyak kutikel khas supaya ia menjadi lembut dan lembap. Minyak kutikel membantu mengelakkan kutikel kasar dan kering daripada timbul.

# Elakkan kulit daripada kering bagi menjaga kuku kaki dan tangan kelihatan muda remaja. Minum air sebanyak mungkin. Selain itu, sapu losyen yang kaya dengan kolagen yang boleh menyerap kulit tangan, kaki serta lebihkan ia pada bahagian yang sangat kering.

# Lakukan rawatan kuku sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk rias kuku tangan dan sekali sebulan untuk rias kuku kaki. Jangan biarkan ia dibiar lama tanpa penyelenggaraan seterusnya.

# Bagi mengekalkan kuku sentiasa dalam keadaan baik, lindungi kuku daripada sebarang benda yang boleh merosakkan dan menjadi rapuh. Lindungi dengan cara menyapu minyak khas pada permukaan kuku.

# Untuk hasil terbaik, gilap kuku terlebih dahulu bagi melindungi ia daripada pecah.

# Kuku kaki lebih terdedah kepada kesakitan dan kekeringan kerana salah memakai kasut. Amalkan dengan mengeringkan kaki dengan betul dan periksa tapak yang pecah dan kering yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria.

# Gunakan berus kuku dan berus penyental bagi membuang sel kulit mati di tapak kaki. Jika kaki terkena jangkitan bakteria, sapukan bedak.

# Gunakan stokin jenis kain kapas bagi membantu menyerap kelembapan.

# Sapu losyen pelembap setiap malam yang kaya dengan mentega shea dan Vitamin E supaya kaki lembut dan lembab sentiasa.



Lelaki & Minyak Wangi – Tip Pilih Haruman Sesuai

BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.

Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Sama ada haruman berteraskan unsur rempah atau buah-buahan sitrus, ada minyak wangi dicipta lebih istimewa dengan kombinasi pelbagai bahan.

Fungsi haruman lelaki merangkumi perbezaan siang dan malam di mana unsur segar dan lembut lebih sesuai digunakan waktu siang manakala haruman jenis berempah dan kasturi sesuai disembur pada waktu malam.

Potensi pasaran untuk haruman lelaki semakin menggalakkan. Ini membuatkan banyak jenama meningkatkan kandungan selain mempelbagaikan haruman baru termasuk kandungan unisex.Secara keseluruhan lelaki urban menggemari haruman bercirikan maskulin. Jejaka juga suka haruman yang dapat bertahan lama.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Apa itu parfum, edp,edt dan edc



Haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangian tersebut. Lebih pekat haruman itu, lebih kuat baunya dan lama ia kekal

1. Parfum (sebutannya Par-fam)
* Paling pekat
* Paling mahal dan berharuman paling kuat

2. Eau de Parfum
* Kepekatan kedua tertinggi.
* Tahan lama hingga 8 jam.
* Sesuai untuk dipakai ke majlis formal atau makan malam
3. Eau de Toilette
* Kurang pekat.
* Haruman separa ringan dan kekal sekitar 3-4 jam.
* Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat atau jamuan ringan.

4. Eau de Cologne
* Kepekatan terendah
* Haruman ringan dan kekal sekitar 2-3 jam.
* Sesuai untuk pemakaian kasual atau berada di dalam cuaca panas.

Kategori haruman:

Bunga-bungaan
[Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.]

Buah
[Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.]

Lautan
[Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.]

Kehijauan
[Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi]

Oriental
[Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.]

Tumbuhan Kayu
- Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.




Tips Pilih Minyak Wangi Ideal


1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

2. Eau de Parfum(EDP) lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette (EDT).

3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.


Tip Memilih Perfume

Ada beribu-ribu jenis haruman dengan harga yang paling rendah sehingga menjangkau ribuan ringgit untuk sebotol perfume. Namun bagaimana untuk mengetahui bahawa perfume itu sesuai atau tidak dengan diri anda?
Antara yang perlu diketahui ialah sebelum membeli perfume, kena pastikan dahulu apa citarasa anda terhadap perfume.Adakah anda sukakan bau yang lembut, bau yang kuat atau bau yang 'sporty'.

Lihat di keterangan mengenai perfume tersebut, pilih sama ada anda inginkan yang berbau bunga-bungaan, bau buah-buahan, bau alam dan sebagainya.

Untuk mendapatkan bau yang lembut dan semulajadi pilihlah perfume yang mengandungi unsur rose atau lavender.

Untuk mendapatkan bau yang agak 'sporty' pula pilih campuran yang mengandungi citrus atau bergamot.

Selain itu, bau semulajadi badan juga memainkan peranan sama ada wangian itu sesuai atau tidak.

Jika wangian yang anda pilih itu mempunyai bau yang kuat, semburkan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau semulajadi.



Tips Memakai Minyak Wangi

Perfume dapat meningkatkan keyakinan diri. Cuba beberapa tips berikut ini untuk memaksimakan perfume

Biasakan memakai perfume anda selepas mandi.Pakai setelah badan agak kering. Jangan terus memakainya setelah habis mandi. Tunggu sejenak agar kulit anda memproduksi minyak alami tubuh.

1. Untuk memastikan wangian dari minyak wangi anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling sedikit 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

2. Anda mulai gunakan perfume ke titik-titik tertentu bahagian nadi. cthnya pergelangan tangan.

3. Kenakan minyak wangi secara berlapis. Iaitu anda harus menggunakan sabun, krim dengan wangi yang sama dengan minyak wangi anda.Dengan mengenakan wangian secara bersama membuat keharumannya tahan lebih lama.

4. Kunci dari wangian adalah jika anda menggunakan pelembab (krim) wangi dan perfume. Sebaiknya oleskan perfume terlebih dulu, kemudian krim. Krim ini akan mengunci bau perfume tersebut

5. Anda juga jangan memakai perfume semasa mengenakan perhiasan ataupun dekat perhiasan. Kerana perfume akan merosakkan perhiasan tersebut .

Moga anda akan wangi & harum sepanjang hari.

Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia boleh bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi di dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.



Tips Memakai Maskara



Siapa suka pakai maskara??? Atau anda teringin nak pakai maskara tapi khuatir kesannya pada penampilan anda?? Jangan bimbang.. Di sini saya akan kongsi tips2 mudah untuk pemakaian maskara.

#1. Pilih maskara yang mempunyai formula yang mampu melentikkan bulu mata dengan hanya menggunakan berus untuk impak yang lebih semulajadi. Anda tak perlu bersusah payah nak menggunakan alat pelentik bulu mata. Ini kerana alat melentik bulu mata yang selelu digunakan itu ada kesan-kesan yang boleh merosakkan bulu mata anda.

#2. Cuci sisa maskara dengan lembut agar bulu mata tidak tertanggal. Jangan sesekal menggosok atau menarik bulu mata anda. Gunakan putik kapas untuk membersihkan sisa maskara. Lebih elok jika anda menggunakan minyak zaitun atau pencuci khas untuk menanggalkan maskara anda.

#3. Untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot, letakkan kertas/tisu/ name card di bawah bulu mata yang ingin disapu maskara.

#4. Pilih maskara yang berkualiti, tidak comot atau bergumpal. Gumpalan maskara pada bulu mata anda boleh meningkatkan peratusan bulu mata tercabut ketika anda ingin membersihkan bulu mata anda.

#5. Jangan simpan maskara terlalu lama bagi mengelakkan maskara anda dijangkiti bakteria. Paling lama adalah dalam 3-4 bulan sahaja.

#6. Bagi yang baru berjinak2 belajar menggunakan maskara, boleh mula dengan menggunakan mascara yang jernih [clear maskara]. Bila dah pandai boleh la menggunakan maskara yang berwarna pula.

#7. Untuk menampakkan kelainan anda boleh cuba maskara yang berlainan warna iaitu selain hitam atau coklat seperti hijau, pink atau biru. Bagi yang lebih berani boleh cuba maskara yang berkilat (glitter) supaya lebih menyerlah.


Pemerah Pipi / Blusher & Anda



Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelu memilih pemerah pipi yang bersesuain. Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik


Jenis pemerah pipi
1. Padat :
serbuk warna daripada pemerah pipi jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak


2. Krim : memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak


3. Gel : warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural. Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering


4. Balls : bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas pemerah pipi jenis berbola ini. serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi. ia sesuai untuk semua jenis kulit


Solekan mengikut bentuk wajah
Bujur :
sapuka pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor

Bulat : lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas

Lonjong : bagi wanita yang memilki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat ada tulang pipi dengan geakan mendatar. gunakanwarna yang lebih teranf agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang

Persegi : untuk menyamarkan potongan rahang, sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga

Hati : pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang. untuk kesan lebih cerah, sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga


Rahsia Bibir Sihat



Beberapa langkah mudah mendapat bibir sihat dan cantik:

Langkah 1:
Rahsia bibir cantik ialah kekalkan kesihatan, dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek. Lembabkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm)sekerap mungkin khususnya sebelum masuk ke kamar. Malah amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel mati.

Langkah 2:
Memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu bertahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) supaya mudah membentuk bibir dikehendaki menggunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar.

Langkah 3:
Penggunaan penggaris bibir mungkin dianggap remeh, tetapi perlu bagi individu memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu. Sekiranya dibandingkan dengan gincu, penggaris mampu bertahan lebih lama, malah untuk memastikan solekan bahagian berkenaan lebih lama, ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas gincu.

Langkah 4:
Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup. Mencampurkan beberapa rona gincu juga mungkin idea baik, dari membuang rona yang tidak sesuai itu.

Langkah 5:
Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir atas dan bawah.

Tip ringkas penjagaan bibir
* Selalu menyapukan pelembap pada bibir.
* Sekiranya anda seorang yang tidak suka memakai gincu bibir yang berwarna, pastikan anda memakai pelembap bibir sebelum keluar rumah.


Mengapa Bau Minyak Wangi Berbeza?

Mesti anda pernah tertanya kenapa minyak wangi yang sama akan mempunyai bau yang berbeza-beza apabila dipakai oleh orang yang berlainan. Atau pernahkah anda mengalami keadaan di mana sesuatu haruman itu mempunyai bau yang harum bila dipakai oleh rakan anda tetapi baunya berlainan bila dipakai oleh anda sendiri?

## Bau minyak wangi akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

## Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan baunya akan hanya timbul setelah satu tempoh.

## Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.

## Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu "top note". Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya akan timbul.

## Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Oleh itu, tidak hairanlah jika orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan sedangkan kita tidak.

Jenis² Deodorant




Deodorant merupakan produk yang digunakan untuk mengatasi bau badan yang disebabkan oleh bakteria yang bercampur dengan peluh. Deodorant merupakan salah satu daripada set kecantikan (selain mekap dan perfume) yang patut dimiliki oleh setiap orang.

Terdapat 2 prinsip atas berkenaan deodorant:
● Antiperspirant : mengurangkan pengeluaran peluh dengan cara mengecilkan pori-pori kulit. Bahan yang biasa digunakan adalah Aluminium Chlorohydrate (ACH) pada jenis roll-on dan Aluminium Tetrachlorohydrex Gly pada jenis powderstick.

Dedorant mengurangkan bau badan dengan cara:
● Mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab bau badan. Formula anti bakteria yang sangat efektif untuk mengurangkan bau badan adalah o-Cymen-5-OL dan Triclosan.
● Tambahan pewangi tubuh yang berfungsi menutup bau badan.
Panduan Memilih Deodorant Yang Sesuai.

Salah satu cara terbaik untuk mengatasi aroma badan yang kurang sedap/enak (berbau)adalah dengan mengaplikasikan deodorant. Terdapat banyak jenis deodoran yang terdapat di pasaran dan adakah kesemuanya sesuai dengan kita?

Seiring dengan perkembangan teknologi, deodoran tidak lagi hanya mengandung wangi-wangian dan bahan antibakteria, tetapi juga mengandung suatu zat aktif yang disebut anti perspirant.

Kandungan tambahan ini mampu menyerap peluh yang berlebihan, sehingga badan terasa tetap kering dan nyaman. Mungkin Anda juga kadang mendengar bahawa deodoran boleh menjadi sumber penyebab kanser kerana menyebabkan pembuangan racun tubuh yang selama ini keluar bersama2 peluh. Walaupun demikian, belum ada penelitian yang sah dapat menyatakan/membuktikan kebenarannya.
Jom perhatikan beberapa perkara dibawah :

1. Apa yang sebenarnya perlu diperhatikan dalam pemakaian deodoran adalah apakah bahan aktif yang dikandungnya menjadikan andah alergi/alahan atau tidak. Bila kulit Anda menjadi gatal dan ruam-ruam merah, segera hentikan pemakaian.

2. Sebaiknya segera hentikan pemakaian deodoran juga bila kulit terasa perih dan lambat laun ketiak anda akan menjadi berwarna gelap kehitaman.

3. Jangan ragu untuk menggantikan deodoran yang anda selalu gunakan dengan jenis yang lain. Setia pada satu jenis memang bagus, tapi kadang kala jika anda selalu memakai deodoran yang sama, selalunya deodoran sudah menjadi ‘kebal’ dan wanginya sudah tiada lagi.

4. Walaupun belum ada bukti yang menyatakan bahawa kandungan antiperspirant deodoran boleh menyebabkan kanser, untuk keselamatan, pilihlah deodoran yang non perfume @ tidak mengandung pewangi serta pewarna. Ini berguna untuk meminimakan kesan alahan terhadap kulit anda.

JENIS-JENIS DEODORANT

1.SERBUK (POWDER)
● Bentuknya seperti bedak dan berwarna putih. Selalunya dipaketkan atau di dalam bentuk botol


2. STIK
● Bentuknya padat dan berwarna jernih atau berwarna. Baunya wangi,terasa dingin saat digunakan ke kulit. Didatangakn dalam bentuk botol plastik.


3. SEMBURAN / AEROSOL
● Bentuk cair dan didatangkan dalam bekas aluminium. Baunya wangi. Biasanya disebut juga sebagai Deodorant Body Spray


4. ROLL-ON
● Bentuk cair, biasanya berwarna jernih. Didatangakndalam bentuk plastik atau kaca. Baunya wangi. Terdapat bola roll-on yang digunakan untuk mengoles.


5. STICK POWDER
● Isinya padat seperti jenis stik tetapi berwarna putih. Wangiannya lembut dan didatangkan dalam bekas plastik.


6. KRIM / LOSYEN
● Tekstur lembut seperti losyen atau krim. Biasanya berwarna putih. Didatangkan dalam bentuk peket atau dalam bekas plastik berbentuk tiub.


Maskara - Serlahkan Keindahan Mata

Terdapat pelbagai jenis maskara yang menjalankan fungsinya dalam pasaran. Ada yang jernih atau tidak berwarna, melentikkan, dwi warna, gel, kekal lama, memanjangkan, melembab, natural, menipiskan, melebat malah kalis air.

Biasanya warna-warna pada maskara begitu terhad, misalnya putih dan biru. Melainkan anda menggabungkan warna untuk mendapatkan kesan yang diinginkan. Aplikasi maskara juga perlu dimulakan dari pangkal bulu mata ke arah hujung bulu mata dengan gerakan yang lembut. Pada bahagian bawah mata pula mulakan dari pangkal ke hujung. Awas jangan sehingga memasuki bahagian mata!.

Berkongsi maskara juga merupakan satu kelemahan kerana ia mampu menyebarkan bakteria atau jangkitan pada mata. Penggunaan maskara memberi warna pada bulu mata. Sapuan tebal juga membolehkan mata anda kelihatan cukup dramatik. Bulu mata anda akan kelihatan berbeza sekiranya anda bijak menggunakan formula berbeza setiap kali menggunakan maskara. Tip di bawah memberi kelebihan kepada anda yang mahu menonjolkan bahagian mata.
LANGKAH 1
Pilih jenis maskara yang sesuai untuk bulu mata sama ada memanjang, menebal, kekal lama, melembab ataupun kalis air. Pastikan pilihan itu kena dengan majlis yang anda bakal hadiri. Acara siang sebaiknya pilih maskara yang memanjangkan bulu mata, sebelah malam pula pilih yang kekal lama atau melebatkan bulu mata.

LANGKAH 2
Pilih warna sama ada hitam, jernih mahupun biru. Warna gelap mampu menyerlahkan kesan dramatik.

LANGKAH 3
Lentikkan bulu mata dengan pengepit bulu mata.

LANGKAH 4
Jangan menolak maskara keluar-masuk beberapa kali dari bekasnya. Ini akan menyebabkan udara memasuki bekas dan menyebabkan bahan mengering. Keadaan itu juga menyebabkan bakteria mudah melekat.

LANGKAH 5
Bermula dari pangkal bulu mata (pada bahagian atas), gerakkan maskara perlahan-lahan ke arah hujung mata. Gerakan zig zag juga membantu untuk menampakkan bulu mata tidak berkumpul.

LANGKAH 6
Pastikan lapisan awal maskara kering kemudian barulah sapu maskara selapis lagi dengan gerakan yang sama.

LANGKAH 7
Gunakan sikat bulu mata untuk memisahkan bulu mata yang basah. Gunakan tisu atau Q-tip (putik kapas) untuk membuang maskara yang berlebihan.

LANGKAH 8
Sapukan sedikit sahaja maskara pada bulu mata bawah. Sebaik sahaja maskara mengenai mata bawah tarik ia perlahan-lahan.

LANGKAH 9
Sebaik sahaja menyapu maskara, tekapkan perlahan bahagian tepi mata dengan kapas pembersih untuk membuang sisa maskara yang terjatuh dikawasan itu. Titikkan pencuci bahagian mata pada kapas pembersih untuk kesan yang lebih baik.

TIPS TAMBAHAN:
Pengguna kanta lekap sebaiknya memilih maskara jenis kalis air. Habuk yang terjatuh ketika aplikasi maskara boleh menyebabkan gangguan pada bahagian dalam mata dan membuatkan anda tidak selesa.

Sentiasa buang solekan pada mata sebeleum tidur. Ia dapat menyihatkan bulu mata dan mengahalang maskara terjatuh ke dalam mata semasa anda tidur.

Gunakan maskara selepas selesai menyapu pembayang mata dan penggaris mata.
Buangkan maskara yang sudah melebihi 6 bulan.

Silap Beli Lipstik /Merah Menyala?




Pernahkah anda mengalami keadaan di mana lipstik yang anda beli terlalu merah utnuk anda? Buat pembeli-pembeli online, selalunya warna di dalam katalog tidak menunjukkan warna sebenar. Jika lihat dalam katalog, gincu yang dipakai oleh model itu tidak terlalu terang tetapi apabila kita yang pakai warnanya terlalu menyerlah pula. Tak pasal2 pulak ade yang menegur "merahnya gincu, mak ngah!!!!"

Jika keadaan diatas berlaku, apa yang anda akan lakukan? Buang gincu tersebut atau bagi pada orang lain? Nanti dulu... Apa kata anda cuba tip ini. Bagi mengelakkan warna gincu kelihatan terlalu merah/terang, cubalah tambahkan sedikit warna coklat dengan lipstik merah yang dipakai tadi. Penggunaan warna coklat ini berupaya mengurangkan kecerahan lipstik merah menyala itu. Cubalah! Anda pasti seronok mencipta kombinasi warna hasil rekaan anda sendiri.

Jika anda berjaya mencampurkan warna yang sesuai dan tepat dengan diri anda tetapi tidak mahu terus menerus mencampurkannya, bawalah sample tersebut ke kedai kosmetik dan cari warna terhampir dengan kombinasi warna yang anda hasilkan.Senang bukan??


Panduan Penjagaan Rambut


Rambut rosak... rambut bercabang... rambut luruh... memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan. Tahukah anda jika sering bertukar syampu juga boleh mengundang pada kerosakan rambut. Jadi, pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.


Berikut adalah cara mencuci rambut yang betul:
1) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.

2) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok menggunakan kedua-dua belah tangan, kemudian barulah digosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelemumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.

3) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.

4) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut di dalam keadaan basah.

5) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rembut, inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner ke seluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

6) Bilas rambut sebersih-bersihnya. Langkah ini amat penting agar tidak berlaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.

7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.


TIPS-TIPS RAMBUT YANG PERLU DIKETAHUI:
Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on moisturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa kepada kerosakan.

Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyuhatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.

Jangan sesekali meninggalkan perapi (conditioner ) setiap kali bersyampu.
Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.

Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang diurus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mana boleh mengundang pada kerosakan.


7 Cara Tampil Menawan


1. Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara akan menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

Begitu juga dengan bedak asas, ia perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semulajadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.

Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4.Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya perlu mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenalpasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Warna yang anda minati tidak semestinya sesuai dengan anda. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.

6. Pilih warna rambut yang sesuai
Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya.

7. Sentuhan terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.

Ok sekarang anda sudah boleh kelihatan menawan dengan cara yang cukup mudah. Apa lagi, capai la mekap anda sekarang & mulakan langkah pertama menjadi wanita yang menawan.




Elakkan Bibir Kering




Pernah tak anda mengalami masalah bibir kering ni?? Bibir kering ni berlaku disebabkan banyak perkara. Antaranya adalah anda kurang minum air, menggunakan kosmetik yang tidak sesuai ataupun disebabkan penyakit atau alahan.

Bibir yang kering tentulah akan membuatkan penampilan seseorang tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda & anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya sedangkan tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

Antara tip yang boleh digunakan :-

1. Sapukan krim khas untuk merawat bibir seperti lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.

2. Untuk kaedah tradisional pula, anda boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.

3. Selain madu anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.. tapi hanya lapisan yang nipis sahaja ye !

4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih satu setengah tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.

5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari, kerana boleh menyebabkan ia nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering tidak lagi kelihatan.

6. Setelah masalah anda pulih jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar & mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel2 kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan!