Warna & Coli / Bra...



ELEMEN warna memberi pengaruh besar kepada penampilan diri seseorang.
Segelintir pakar aura mengatakan tidak semua orang sesuai dengan warna yang dipakai sehingga ia menidakkan penampilannya untuk kelihatan menarik.

Bahkan, pakar terapi warna memperincikan bahawa warna dan individu memiliki aura tersendiri yang mungkin tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Bagi sesetengah wanita, kepercayaan terhadap aura bukan hanya diterjemahkan dalam pemilihan pakaian yang dipakainya dari sudut luaran saja.

Menitikberatkan soal dalaman, bahkan hingga kepada coli dipakai, ia diperincikan dengan penuh ketelitian oleh golongan hawa.

Menurut Pengurus Pemasaran Avon Cosmetics, Hanim Sahrom, wanita menitikberatkan pemilihan warna termasuk coli dengan memilih beberapa warna popular dalam menjuruskan keperibadian masing-masing.

“Kira-kira 30 peratus wanita memilih coli warna hitam dan merah kerana ia mewakili keunggulan, kesungguhan dan kehangatan diri mereka.

“Kedua-dua warna itu sesuai untuk saat istimewa iaitu ketika mereka inginkan mesej untuk menggambarkan diri yang bersifat lantang dan terang.

“Warna hitam dan kuning pula turut memberi petanda efektif yang membawa erti ‘perasaan panas’ dan ‘suasana hangat’ atau petanda ‘berbahaya’,” katanya.
Biarpun warna coli memberikan seribu pengertian diri dan mewakili selera peribadi, beliau mengakui pilihan warna lain turut menggambarkan keperibadian dalam mencipta suasana dan cita rasa tersendiri.

“Warna menyebabkan mata bertindak balas terhadap gelombang tenaga. Tanpa cahaya, tidak ada warna dan apabila hari beransur gelap, warna pudar akan hilang sedikit demi sedikit.

“Ini bermakna, jika cahaya adalah sumber kehidupan demikianlah juga pentingnya warna terhadap kehidupan itu sendiri.

“Memakai coli berwarna bagaikan meletakkan tenaga semula jadi ke atas tubuh selain mencipta reaksi bawah sedar,” katanya.

Menurutnya, pilihan coli merah jambu mewakili sifat feminin dan diri wanita sopan. Pada masa sama, pilihan warna itu juga memiliki daya kekuatan cukup bertenaga untuk menarik perhatian dalam kelembutan.

Beliau akui lebih 40 peratus wanita gemarkan warna demikian. Warna putih yang menjadi pilihan sebahagian wanita pula menggambarkan kesucian serta nilai ringkas dalam diri wanita berkenaan selain mewakili sikap jujur dan tulus.

Bahkan, katanya, warna bersih itu adalah pilihan terbaik kerana dalam keadaan suhu panas, ia membantu menyejukkan minda, jiwa dan perasaan.

Namun, apa saja warna digemari wanita, yang terpenting dan harus difikirkan adalah kesesuaian serta keselesaan untuk memilih coli.

“Selain kecanggihan fabrik, corak dan warna pilihan yang pelbagai, cara pemakaian turut memberikan kebebasan untuk berfesyen mengikut cita rasanya.
“Misalnya jika memilih coli tidak berkelim beralas span, ia menjanjikan kemasan dan licin pada pakaian sendat seperti kemeja-T dan kebaya,” katanya.

Selain itu, dia tidak menafikan jenis fabrik seperti nilon, satin, renda dan net adalah fabrik asas yang merevolusikan pakaian dalam hari ini.

Tips Untuk Mendapatkan Bra Yang Sempurna


1. Pastikan bahagian tengah terletak kemas di tengah tulang dada.

2. Dawai coli muat selesa dan mengikut kontur semulajadi payudara.

3. Payudara muat kemas di dalam 'cup'.

4. Coli meliputi payudara, tidak terbonjol atau menekan.

5. Pastikan sayap belakang selari, selesa dan kemas.

6. Tali bahu selesa dan tidak menekan isi bahu.

Bagaimana Mengukur Saiz Coli / Bra?

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-

Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jka anda mndpt nombor genap, tmbah 4 inci.Jka anda mndpat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"

Langkah 2
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-

1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E



***************************************

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').

Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.

Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.

Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"

Hanim Sahrom
Pakar AVON INTIMATES

Coli / Bra Berdawai


Fenomena akibat pemakaian coli berdawai yang dikatakan menjadi punca penyakit kanser payu dara belum dibuktikan mana-mana pakar kesihatan.

Coli berdawai besi dipilih kerana ia mampu mengampu payu dara pemakai dalam usaha menjaga bentuknya supaya tidak mudah 'jatuh'.

Berdasarkan rekaannya yang teliti, ia antara lain berfungsi menolak tisu payu dara ke atas di samping membentuk lurah serta kepadatan pada bahagian atas.

Menurut Pengurus Pemasaran Avon Cosmetics, Hanim Sahrom, kebanyakan wanita mempunyai pendapat berbeza mengenai jenis coli yang hendak dipakai sama ada jenis berdawai atau sebaliknya.

"Pemilihan jenis coli bergantung kepada cita rasa di samping keselesaan si pemakai. Ia juga bergantung kepada jenis payu dara masing-masing sama ada payu dara posisi normal, posisi berjauhan mahupun rapat.

"Posisi payu dara berjauhan dan terlalu rapat memerlukan pemakaian coli jenis dawai untuk membaiki bentuknya. Ia penting supaya kembali kepada bentuk normal dan kemas pada pakaian luar,katanya.

Mengenai pemakaian coli berdawai yang didakwa menyakitkan dan tidak selesa, katanya, tujuan rekaan coli berdawai supaya ia dapat memberikan daya mengampu, membentuk di samping menyediakan ruang untuk payu dara.

Pada masa sama, coli berdawai juga dikatakan membantu mencantikkan pemakainya supaya lebih berkeyakinan.

Setiap orang memiliki payu dara berbeza sama ada kecil, normal, padat, lonjong atau berbentuk seperti 'jam bendul'.

"Dalam kebanyakan jenis, payu dara bentuk padat dan lonjong adalah jenis paling kritikal untuk menggunakan coli berdawai.

"Payu dara padat dan besar, jika tidak diberikan sokongan sempurna sejak awal, mungkin akan menyebabkan pengenduran sebelum waktunya.

"Payu dara jenis lonjong pula memerlukan sokongan coli berdawai untuk sokongan yang baik,katanya.

Berikut petua memilih coli berdawai:

 Ketahui saiz sebenar anda dengan mempelajarinya.

 Cuba dulu coli sebelum membuat keputusan membeli.

 Lakukan langkah pemeriksaan sendiri 'coli selesa' ketika mencuba di bilik persalinan.

 Pilih jenis coli sesuai dengan bentuk dan posisi payu dara (jumpa pakar untuk mendapatkan kepastian)

Penjagaan Pakaian Dalam


Penjagaan pakaian dalam secara teratur dapat melanjutkan jangka hayat penggunaan serta ketahanan produk berkenaan.

Malah, cara membasuh pakaian dalam juga memainkan peranan bagi memastikan ia terpelihara untuk jangka masa lama.

Antara tip2 yang boleh digunakan ialah:

1. Tidak merendam pakaian dalam terlalu lama dalam air kerana tindakan terbabit akan menyebabkan fabrik yang digunakan lusuh.

2. Jangan sesekali memasukkan pakaian dalam ke dalam mesin basuh kerana ia akan menyebabkan struktur pakaian dalam itu rosak akibat bercampur dengan pakaian lain.

3. Seelok-eloknya gunakan basuhan tangan untuk membasuh pakaian dalam dan tidak memerah span pakaian dalam berkenaan sewenang-wenangnya.Sebaliknya kepalkan tangan dan letak span di atasnya kemudian tekan perlahan-lahan.

4. Sidai pakaian dalam dengan meletakkan bahagian tengah antara kedua-dua mangkuk di atas penyangkut baju.

Tip-tip diatas ini adalah untuk mengelakkan pakaian dalam berkenaan hilang keanjalan dan mengakibatkan ketidakselesaan kepada si pemakainya.

Pakaian dalam dicipta untuk memberi sokongan dan penjagaan kepada wanita terhadap aset penting mereka itu.

Justeru , adalah penting untuk menyedarkan wanita mengenai keperluan mendapatkan pakaian dalam yang sesuai untuk badan.

Bantuan rekaan yang sesuai dapat menonjolkan penampilan diri kerana jika badan selesa maka setiap pekerjaan dilakukan dapat memberikan hasil lumayan.

Jangan sesekali memandang mudah mengenai pemilihan pakaian dalam. Produk yang dipilih perlulah memberikan keselesaan kepada badan serta si pemakainya.

Bagaimana mencuci pakaian peribadi supaya tahan lama:

1. Cucian mesin dengan putaran ringan. Gunakan “uncang pakaian dalam”.
2. Cuci menggunakan air sejuk dan sabun pencuci lembut.
3. Cucian tangan untuk pakaian yang 100% berenda.
4. Jangan perah dan seterika pakaian peribadi.
5. Jangan merendam lebih dari 15 minit.
6. Cuci warna yang gelap berasingan.
7. Jangan gunakan bahan pemutih.
8. Jemur di tempat teduh dan berangin.

Mancungkan Hidung, Rampingkan Wajah




Tidak perlu membuat pembedahan di bahagian-bahagian yang dirasakan kurang sempurna. Solekan juga mampu mengubahnya.

Ikuti tips yang boleh dikongsi besama:

● Bagi mereka yang mempunyai hidung yang kurang mancung, anda masih lagi boleh kelihatan cantik dengan teknik solekan yang sesuai. Kesan hidung "mancung" boleh dilakukan dengan menggunakan pemerah pipi berwarna matte, coklat muda dan warna keemasan dan sapukan di bahagian kiri dan kanan batang hidung.. Sapukan eyeshadow berwarna putih di bahagian tengah hidung sehingga kelihatan mancung.

● Untuk merampingkan wajah yang bulat dan lebar pula, anda boleh menggunakan pemerah pipi berwarna gelap atau bedak keemasan untuk dijadikan shading pada bahagian muka dan garis rahang. Warna matte terlihat lebih natural. Penonjolan tulang pipi pula dilakukan dengan cara mengaplikasikan shading bedak wajah yang warnanya 4X lebih gelap dari warna kulit asli. Gunakan di bawah tulang pipi.