Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan



Mereka yang berjaya menurunkan berat badan kebanyakannya melakukan perubahan secara berperingkat, bukan secara drastik. Mulakan dengan melakukan perubahan yang anda boleh laksanakan dalam jangka waktu yang panjang. Kemudian ubah tabiat satu demi satu sehingga anda dapat membiasakan diri.

• Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak anda bahawa anda sudah kenyang.

• Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya. Cuba makan buah-buahan seperti epal atau sayuran mentah. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.

• Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.

• Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada bergayut di pintu peti sejuk!

• Segelas jus oren (240 mililiter) adalah bersamaan dengan tiga biji buah oren. Menikmati oren adalah lebih mengenyangkan daripada meminum air biasa.

• Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.

• Berikut adalah contoh snek yang sihat; bertih jagung, roti Perancis, buah-buahan, yogurt dan bermacam-macam lagi.

• Makan makanan yang rendah lemak.

• Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

• Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh. Gunakan jem berbanding mentega dan anda dapat mengelakkan 30 kalori dan 5 gram lemak.


Sumber: Berita Harian


0 comments: