Tips Pilih Minyak Wangi Ideal


1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

2. Eau de Parfum(EDP) lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette (EDT).

3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.


Tip Memilih Perfume

Ada beribu-ribu jenis haruman dengan harga yang paling rendah sehingga menjangkau ribuan ringgit untuk sebotol perfume. Namun bagaimana untuk mengetahui bahawa perfume itu sesuai atau tidak dengan diri anda?
Antara yang perlu diketahui ialah sebelum membeli perfume, kena pastikan dahulu apa citarasa anda terhadap perfume.Adakah anda sukakan bau yang lembut, bau yang kuat atau bau yang 'sporty'.

Lihat di keterangan mengenai perfume tersebut, pilih sama ada anda inginkan yang berbau bunga-bungaan, bau buah-buahan, bau alam dan sebagainya.

Untuk mendapatkan bau yang lembut dan semulajadi pilihlah perfume yang mengandungi unsur rose atau lavender.

Untuk mendapatkan bau yang agak 'sporty' pula pilih campuran yang mengandungi citrus atau bergamot.

Selain itu, bau semulajadi badan juga memainkan peranan sama ada wangian itu sesuai atau tidak.

Jika wangian yang anda pilih itu mempunyai bau yang kuat, semburkan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau semulajadi.