RAWATAN MUKA DI RUMAH

Langkah Mudah Untuk Rawatan Muka Di Rumah



Lembapkan muka dengan air suam. Sapukan pembersih muka dan urutkan dengan perlahan.

Cuci pembersih dari muka.

Sapukan skrub ke muka dan urutkan perlahan. Cucikan skrub dari muka. (Gunakan skrub 1-2 kali sahaja seminggu).

Stimkan wajah dengan menggunakan face steamer (boleh dibeli dari Watson's). Anda juga boleh membuat stim sendiri dengan mengisi mangkuk dengan air panas. Jengukkan muka di atas mangkuk, dan letak tuala di atas kepala untuk memerangkap stim. Lakukan stim selama 5 minit untuk melembutkan kulit dan membuka liang roma.

Gunakan Avon BAP Pore Cleanser untuk menyedut bintik hitam dan bintik putih di muka.

Sesudah itu, ratakan masker di muka untuk mengecilkan liang roma anda semula dan melembapkan kulit

Cuci masker. Kini anda boleh menggunakan penyegar dan pelembap wajah sebagai persediaan sebelum memakai mekap.