Panduan Penjagaan Rambut


Rambut rosak... rambut bercabang... rambut luruh... memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan. Tahukah anda jika sering bertukar syampu juga boleh mengundang pada kerosakan rambut. Jadi, pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.


Berikut adalah cara mencuci rambut yang betul:
1) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.

2) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok menggunakan kedua-dua belah tangan, kemudian barulah digosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelemumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.

3) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.

4) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut di dalam keadaan basah.

5) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rembut, inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner ke seluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

6) Bilas rambut sebersih-bersihnya. Langkah ini amat penting agar tidak berlaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.

7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.


TIPS-TIPS RAMBUT YANG PERLU DIKETAHUI:
Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on moisturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa kepada kerosakan.

Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyuhatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.

Jangan sesekali meninggalkan perapi (conditioner ) setiap kali bersyampu.
Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.

Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang diurus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mana boleh mengundang pada kerosakan.