Maskara - Serlahkan Keindahan Mata

Terdapat pelbagai jenis maskara yang menjalankan fungsinya dalam pasaran. Ada yang jernih atau tidak berwarna, melentikkan, dwi warna, gel, kekal lama, memanjangkan, melembab, natural, menipiskan, melebat malah kalis air.

Biasanya warna-warna pada maskara begitu terhad, misalnya putih dan biru. Melainkan anda menggabungkan warna untuk mendapatkan kesan yang diinginkan. Aplikasi maskara juga perlu dimulakan dari pangkal bulu mata ke arah hujung bulu mata dengan gerakan yang lembut. Pada bahagian bawah mata pula mulakan dari pangkal ke hujung. Awas jangan sehingga memasuki bahagian mata!.

Berkongsi maskara juga merupakan satu kelemahan kerana ia mampu menyebarkan bakteria atau jangkitan pada mata. Penggunaan maskara memberi warna pada bulu mata. Sapuan tebal juga membolehkan mata anda kelihatan cukup dramatik. Bulu mata anda akan kelihatan berbeza sekiranya anda bijak menggunakan formula berbeza setiap kali menggunakan maskara. Tip di bawah memberi kelebihan kepada anda yang mahu menonjolkan bahagian mata.
LANGKAH 1
Pilih jenis maskara yang sesuai untuk bulu mata sama ada memanjang, menebal, kekal lama, melembab ataupun kalis air. Pastikan pilihan itu kena dengan majlis yang anda bakal hadiri. Acara siang sebaiknya pilih maskara yang memanjangkan bulu mata, sebelah malam pula pilih yang kekal lama atau melebatkan bulu mata.

LANGKAH 2
Pilih warna sama ada hitam, jernih mahupun biru. Warna gelap mampu menyerlahkan kesan dramatik.

LANGKAH 3
Lentikkan bulu mata dengan pengepit bulu mata.

LANGKAH 4
Jangan menolak maskara keluar-masuk beberapa kali dari bekasnya. Ini akan menyebabkan udara memasuki bekas dan menyebabkan bahan mengering. Keadaan itu juga menyebabkan bakteria mudah melekat.

LANGKAH 5
Bermula dari pangkal bulu mata (pada bahagian atas), gerakkan maskara perlahan-lahan ke arah hujung mata. Gerakan zig zag juga membantu untuk menampakkan bulu mata tidak berkumpul.

LANGKAH 6
Pastikan lapisan awal maskara kering kemudian barulah sapu maskara selapis lagi dengan gerakan yang sama.

LANGKAH 7
Gunakan sikat bulu mata untuk memisahkan bulu mata yang basah. Gunakan tisu atau Q-tip (putik kapas) untuk membuang maskara yang berlebihan.

LANGKAH 8
Sapukan sedikit sahaja maskara pada bulu mata bawah. Sebaik sahaja maskara mengenai mata bawah tarik ia perlahan-lahan.

LANGKAH 9
Sebaik sahaja menyapu maskara, tekapkan perlahan bahagian tepi mata dengan kapas pembersih untuk membuang sisa maskara yang terjatuh dikawasan itu. Titikkan pencuci bahagian mata pada kapas pembersih untuk kesan yang lebih baik.

TIPS TAMBAHAN:
Pengguna kanta lekap sebaiknya memilih maskara jenis kalis air. Habuk yang terjatuh ketika aplikasi maskara boleh menyebabkan gangguan pada bahagian dalam mata dan membuatkan anda tidak selesa.

Sentiasa buang solekan pada mata sebeleum tidur. Ia dapat menyihatkan bulu mata dan mengahalang maskara terjatuh ke dalam mata semasa anda tidur.

Gunakan maskara selepas selesai menyapu pembayang mata dan penggaris mata.
Buangkan maskara yang sudah melebihi 6 bulan.