Elakkan Bibir Kering




Pernah tak anda mengalami masalah bibir kering ni?? Bibir kering ni berlaku disebabkan banyak perkara. Antaranya adalah anda kurang minum air, menggunakan kosmetik yang tidak sesuai ataupun disebabkan penyakit atau alahan.

Bibir yang kering tentulah akan membuatkan penampilan seseorang tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda & anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya sedangkan tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

Antara tip yang boleh digunakan :-

1. Sapukan krim khas untuk merawat bibir seperti lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.

2. Untuk kaedah tradisional pula, anda boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.

3. Selain madu anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.. tapi hanya lapisan yang nipis sahaja ye !

4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih satu setengah tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.

5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari, kerana boleh menyebabkan ia nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering tidak lagi kelihatan.

6. Setelah masalah anda pulih jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar & mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel2 kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan!