Penjagaan Pakaian Dalam


Penjagaan pakaian dalam secara teratur dapat melanjutkan jangka hayat penggunaan serta ketahanan produk berkenaan.

Malah, cara membasuh pakaian dalam juga memainkan peranan bagi memastikan ia terpelihara untuk jangka masa lama.

Antara tip2 yang boleh digunakan ialah:

1. Tidak merendam pakaian dalam terlalu lama dalam air kerana tindakan terbabit akan menyebabkan fabrik yang digunakan lusuh.

2. Jangan sesekali memasukkan pakaian dalam ke dalam mesin basuh kerana ia akan menyebabkan struktur pakaian dalam itu rosak akibat bercampur dengan pakaian lain.

3. Seelok-eloknya gunakan basuhan tangan untuk membasuh pakaian dalam dan tidak memerah span pakaian dalam berkenaan sewenang-wenangnya.Sebaliknya kepalkan tangan dan letak span di atasnya kemudian tekan perlahan-lahan.

4. Sidai pakaian dalam dengan meletakkan bahagian tengah antara kedua-dua mangkuk di atas penyangkut baju.

Tip-tip diatas ini adalah untuk mengelakkan pakaian dalam berkenaan hilang keanjalan dan mengakibatkan ketidakselesaan kepada si pemakainya.

Pakaian dalam dicipta untuk memberi sokongan dan penjagaan kepada wanita terhadap aset penting mereka itu.

Justeru , adalah penting untuk menyedarkan wanita mengenai keperluan mendapatkan pakaian dalam yang sesuai untuk badan.

Bantuan rekaan yang sesuai dapat menonjolkan penampilan diri kerana jika badan selesa maka setiap pekerjaan dilakukan dapat memberikan hasil lumayan.

Jangan sesekali memandang mudah mengenai pemilihan pakaian dalam. Produk yang dipilih perlulah memberikan keselesaan kepada badan serta si pemakainya.

Bagaimana mencuci pakaian peribadi supaya tahan lama:

1. Cucian mesin dengan putaran ringan. Gunakan “uncang pakaian dalam”.
2. Cuci menggunakan air sejuk dan sabun pencuci lembut.
3. Cucian tangan untuk pakaian yang 100% berenda.
4. Jangan perah dan seterika pakaian peribadi.
5. Jangan merendam lebih dari 15 minit.
6. Cuci warna yang gelap berasingan.
7. Jangan gunakan bahan pemutih.
8. Jemur di tempat teduh dan berangin.