9 Tip Menentukan Saiz Kasut Anda


Gambar En. Google

Memilih saiz kasut yang sesuai dengan kaki anda amat penting demi keselesaan dan kepuasan yang berpanjangan. Kasut yang sempit atau sekadar muat-muat aje pasti akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Kesannya, kaki anda akan melecet, takpun kematu. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang mengalami tumit pecah. Dah la sakit, lepas tu anda mesti rasa cam rugi plak beli kasut tu.

1. Elakkan daripada menganggap bahawa saiz kasut untuk semua jenis atau jenama adalah sama.

Contohnya:

Katakanlah saiz kasut sukan yang biasa anda pakai ialah saiz 7 (saiz US). Bila anda nak beli kasut kulit pula, saiz 7 tu belum tentu lagi sesuai. Anda mesti cuba dulu, baru tahu sama ada ia sesuai atau sebaliknya.

2. Semasa mengacu sesuatu kasut, pakailah stoking yang selalu anda pakai. Ataupun stoking yang bakal digayakan bersama kasut tersebut.

Setidak-tidaknya, anda dapat merasakan keadaan sebenar bila memakai kasut itu kelak.

3. Apabila nak menguji kesesuaian sesuatu kasut, pastikan anda berdiri dan menggerakkan hujung jari kaki dalam beberapa ketika. Adakah anda berasa selesa?

Pastikan juga jari kaki anda tu tak membengkok semasa anda dalam keadaan berdiri.

4. Lagi satu, pastikan ada sedikit ruang di antara hujung jari kaki dengan hujung (dinding di bahagian dalam) setiap kasut.

Anggaran yang sebaik-baiknya adalah dalam ukuran 3/8 inci hingga 1/2 inci.

5. Bahagian kaki anda yang paling lebar hendaklah benar-benar muat dan selesa dengan kelebaran kasut tersebut.

6. Usah menganggap bahawa semua jenis kasut kulit akan meregang setiap masa. Ini kerana ada sesetengah kasut kulit yang mudah mengecut dan agak sukar untuk meregang mengikut bentuk kaki anda.

7. Jangan beranggapan bahawa sepasang kasut yang ketat itu akan meregang dan berasa selesa bila anda dah lama memakainya. Ia takkan meregang mengikut saiz kaki anda. Walaupun setelah anda memakainya berbulan-bulan malah walau berkurun sekali pun.

Sebaliknya, kasut yang muat dan selesa dengan kaki anda mesti dapat dirasai sejak awal lagi. Jadi, pastikan anda menyedari keselesaan sesuatu kasut itu sejak awal lagi.

Ingat, ukuran panjang sesuatu kasut adalah tetap. Ianya takkan berubah sama sekali tau.

8. Semasa mengacu atau mencuba kasut, anda berjalan lah pada jarak tertentu. Jalan ulang-alik dalam beberapa kali. Biar sampai anda betul-betul puas hati dengan tahap keselesaannya.

Tujuannya supaya ia selesa dan sesuai dengan bentuk serta saiz kaki anda.

Macam mane nak tau ia betul-betul selesa?

Kasut yang selesa akan melekap penuh pada kaki anda. Tiada sebarang ruang yang terlalu longgar atau pun rasa macam ketat sangat, ok.

9. Ada juga kasut yang didatangkan dengan lapisan tapak dalam dan tapak luar yang agak tinggi berbanding biasa.

Fungsinya adalah untuk memberikan lebih sokongan pada buku lali anda. Untuk itu, pastikan buku lali anda selesa dengan keadaan tersebut.

Setelah mengetahui tip di atas, diharap selepas ini anda lebih arif dalam soal memilih kasut. Tak kiralah sama ada ketika nak membeli kasut lelaki atau kasut wanita. Paling penting, misi anda untuk mendapatkan kasut yang berbaloi-baloi tercapai.

Mulut Berbau?


Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutamanya air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

Penggunaan herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

Belajar mengawal tekanan
Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Tanda-tanda Mulut Anda Berbau
• Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut.
• Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
• Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
• Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Sumber: Berita Minggu

Cegah Serangan Jantung Dari Awal



Serangan jantung menjadi pembunuh nombor satu penduduk di negara ini. Kita semua maklum tabiat pemakanan tidak sihat sebahagian besar masyarakat yang gemar menikmati makanan segera dan minuman berkarbonat menjadi penyumbang kepada peningkatan faktor jantung yang tidak sihat.

Antara tanda-tanda mudah mengenal pasti sama ada anda bakal menjadi mangsanya ialah kerap berasa berdebar-debar. Malah, ada kalanya tiba-tiba jantung atau dada anda berdebar dengan laju walaupun ketika itu anda hanya membaca buku.

Ini diikuti dengan berpeluh pada dahi, kerap merasa sakit pada dada, sering mencungap dan kadang kala pada aktiviti yang ringan seperti menunaikan solat pun anda boleh mencungap.

Selain itu, anda mungkin alah kepada cuaca yang panas dan tidak menyedari perkara ini apabila anda berasa alah dengan panas terik matahari di mana badan akan banyak berpeluh serta tidak selesa. Tapak tangan yang basah dalam keadaan tidak menentu juga menjadi penanda jantung yang tidak sihat.

Berdasarkan beberapa tanda -tanda awal ini, seseorang mestilah membuat langkah pencegahan dan pengawalan yang cepat dan terancang.

Pertama, hentikan mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan, minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan daripada susu.

Kedua, elakkan memakan ais krim yang mengandungi krimer yang tinggi, membuat air minuman dengan krimer selain susu, memakan makanan yang mengandungi majerin, makanan terproses seperti burger, nuget, kentang goreng dan kentang berperisa.

Tabiat mandi selepas makan juga boleh menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah dan menyumbang kepada serangan jantung bagi jangka panjang.

Kurangkan juga memakan nasi lemak yang dibeli kerana kebanyakan nasi lemak yang dijual di luar dicampur dengan minyak masak kerana peniaga bertujuan menjadikan nasi nampak licin dan cantik berderai. Berbanding dengan nasi lemak yang dimasak sendiri kita boleh mengurangkan kandungan santan yang digunakan mengikut kesesuaian kesihatan diri.

Ada juga orang mengamalkan petua makan kacang hijau yang direbus pada setiap hari. Caranya ialah dengan mengambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus sederhana bukan sehingga kembang tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

Satu lagi petua yang baik dengan mengamalkan memakan biji jintan hitam atau habbatussauda setiap hari. Biji jintan hitam ini diakui Rasulullah SAW ubat kepada segala penyakit kecuali mati.

Selain itu, amalkan memakan sayuran yang pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik dan ulam-ulaman.

Bagi mereka yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan petua di atas.

Sumber: Berita harian

Sakit Jantung

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab

Asap Rokok

*Mempercepatkan pembekuan darah
*Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
*Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
*Tekanan Perasaan
*Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
*Tekanan darahnya juga meningkat.

Kandungan Lemak Yang Tinggi

*Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam

*Senaman penting untuk menguatkan jantung.
*Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
jantung. Bersenamlah.

Darah Tinggi

*Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
*Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
*Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis

*Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

*Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
*Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
*Jika anda merokok.
*Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
*Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
*Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
*Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
*Jika anda kurang bersenam.
*Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

*Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
*Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
*Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
*Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
*Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
*Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
*Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia




5 Makanan Terbaik untuk Jantung Anda

Makanan ternyata sangat berpengaruh terhadap kesehatan jantung Anda, apalagi ketika Anda mulai bertambah usia. Selain dari suplementasi dan olahraga, kesehatan jantung Anda sangat tergantung dari makanan-makanan yang kaya nutrisi seperti yang disebutkan berikut ini. Sertakanlah makanan-makanan ini dalam menu harian Anda untuk menjaga jantung Anda agar tetap sehat sampai hari tua nanti.

1. Almonds
Almond merupakan jenis kacang-kacangan yang kaya akan asam lemak tidak jenuh dan phytosterols. Asam lemak tidak jenuh mampu meningkatkan pengeluaran kolesterol jahat yaitu kolesterol LDL dan meningkatkan konsentrasi HDL dalam darah, sedangkan phytosterols mampu berkompetisi dengan kolesterol sehingga tidak diserap oleh usus. Almond bisa disajikan menjadi topping/pelengkap dari masakan Anda.

2. Apel
Para peneliti dari universitas ternama di Amerika, menemukan bahwa mengkonsumsi satu buah apel tiap harinya mampu memblok peningkatan LDL dan menurunkan peningkatan LDL sebesar 8%. Apel mengandung serat larut yaitu pektin yang membersihkan dinding arteri dari penumpukan plak-plak kolesterol yang membahayakan untuk jantung. Sajikan irisan apel bersama oatmeal yang baik pula untuk jantung.

3. Kedelai
Kedelai memiliki kemampuan untuk menurunkan kolesterol dan kanker. Kedelai kaya akan senyawa isoflavonoid yang mampu mengendalikan kolesterol jahat dan sebagai antioksidan untuk mencegah kanker. Selain itu kedelai juga kaya serat larut oligosakarida yang membantu pula dalam mencegah timbunan plak pada pembuluh darah. Sajikanlah kedelai menjadi bubur kedelai atau disangrai sebagai topping masakan.

4. Buah Berry (Strawberry, Blueberry, Raspberry)
Buah berry mengandung komponen yang mirip dengan resveratrol dalam anggur. Selain itu buah berry mengandung antioksidan jenis pterostilbene, yang merangsang sel-sel liver untuk bekerja mencerna lemak dan kolesterol. Kolesterol jahat yang menurun konsentrasinya dalam darah mampu mengurangi resiko terjadinya penyakit jantung koroner. Sajikan sebagai jus atau pelengkap salad.

5. Ikan Laut
Jenis ikan yang berada di laut dalam seperti salmon dan tuna kaya akan asam lemak omega terutama omega-3, omega-6 dan omega-9. Menurut penelitian di sebuah Universitas di Eropa, selama 2 minggu mengkonsumsi ikan tersebut menunjukkan resiko penyempitan pembuluh darah sebanyak 20%. Sajikan ikan dengan cara dipanggang atau dibakar dengan minyak zaitun.

10 Tip Bantu Senaman Lebih Hebat



Selain keinginan dan kesedaran untuk menjaga kesihatan, keselesaan ketika bersenam juga perlu dititik beratkan. Ia bukan hanya sekadar menambahkan selesa ketika melakukan aktiviti, malah menjaga tubuh dari kesan jangka panjang lain misalnya kecederaan pada tubuh.

10 perkara yang perlu anda tahu ini pastinya dapat membantu anda bersenam dengan lebih selesa tanpa takut tercedera. Jadikan panduan dan cuba apa yang disarankan.

1. ‘Cooling Down’
Aktiviti ini merupakan langkah wajib yang perlu diberi perhatian. Ia menghalang keadaan tubuh terutamanya otot dan sendi dari berada dalam keadaan tegang dan kembali kepada posisi asal tubuh. Anda boleh melakukan aerobik mudah atau hanya meregangkan kembali otot-otot. Ia sudah memadai. Jangan abaikannya.

2. Ambil makanan sebelum & selepas
Untuk memastikan kemantapan melakukan senaman, sebaiknya pastikan anda mengambil sedikit makanan dari jenis yang agak berat untuk membekalkan tenaga 2 hingga 3 jam sebelum memulakan senaman. Usah gusar memilih makanan. Karbohidrat kompleks lengkap dan bekalan sedikit gula mungkin dapat membantu anda. Ia mencegah rasa lapar ketika aktiviti senaman anda berlangsung.

3. Jangan paksa diri
Lakukan aktiviti senaman anda perlahan-lahan tanpa memaksa tubuh untuk melakukan sebarang beban mahupun regangan yang memberi tekanan. Paksaan pada tubuh akan membuka peluang untuk cedera. Cuba beban dari peringkat bawah dan senaman ringan, selebihnya gandakan beban setelah badan bersedia untuk menerimanya.
4. Ubah citarasa senaman
Ubah citarasa senaman anda dengan aktiviti berbasikal. Berbasikal tergolong dalam aktiviti kardio yang menyihatkan. Berbasikal juga berupaya mengurangkan kesan kecederaan pada lutut dan sendi-sendi lain. Kelebihan lain, berbasikal menguatkan kaki dan bahagian pinggul anda disamping memberi impak baik pada kesihatan jantung.

5. Sediakan tuala kecil
Pastikan sepanjang senaman anda sentiasa selesa. Sematkan tuala kecil di leher atau jika anda bimbang ianya mengganggu, letakkan di tepi disebelah anda supaya memudahkan anda menggapainya. Pengeluaran peluh yang banyak mengganggu tahap tumpuan anda.

6. 10 minit tiap hari
Setiap hari pastikan anda tidak terlepas melakukan sebarang aktiviti mahupun senaman, biarpun hanya 10 minit. Ia mengekalkan stamina malah melatih otot tubuh supaya bergerak dan bertindak dengan daya rangsangan setiap hari.

7. Lebihkan air
Sediakan bekalan air kosong yang banyak ketika anda bersenam. 30 minit selepas melakukan sebarang aktiviti, anda biasanya kehilangan jumlah air yang banyak akibat berpeluh. Pastikan setiap 15 minit sekali, anda meneguk jumlah air yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan jumlah air ini.

8. Bakar lemak dengan aerobik
Bagi wanita, aerobik antara senaman terbaik. Sama ada aerobik jenis biasa, sederhana mahupun ‘dance aerobic’ yang hebat dan pantas anda tetap mampu membakar jumlah lemak di badan. Namun, usah berhenti melakukannya, cukup 30 minit setiap hari.

9. Elak masa yang lama
Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk senaman atau mengangkat beban untuk suatu tempoh senaman tertentu. Masa 1 hingga 2 jam, membuatkan otot keletihan dan ini membuka peluang untuk anda mengalami kecederaan. Usah memaksa, 30 minit setiap hari sudah memadai untuk kebaikan jangka pangjang.

10. Dapatkan rakan
Bersenam bersama rakan lebih menyeronokkan. Malah ia mendatangkan hasil pada tubuh. Rakan dan suasana yang gamat mendorong anda melakukan senaman ini tanpa tekanan. Malah anda juga biasanya tidak akan cuba mengelak sebarang senaman yang sedikit sukar bagi anda. Ini tentunya gandaan pada tubuh.

Sumber: Rapi 15 November 2005


Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan



Mereka yang berjaya menurunkan berat badan kebanyakannya melakukan perubahan secara berperingkat, bukan secara drastik. Mulakan dengan melakukan perubahan yang anda boleh laksanakan dalam jangka waktu yang panjang. Kemudian ubah tabiat satu demi satu sehingga anda dapat membiasakan diri.

• Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak anda bahawa anda sudah kenyang.

• Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya. Cuba makan buah-buahan seperti epal atau sayuran mentah. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.

• Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.

• Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada bergayut di pintu peti sejuk!

• Segelas jus oren (240 mililiter) adalah bersamaan dengan tiga biji buah oren. Menikmati oren adalah lebih mengenyangkan daripada meminum air biasa.

• Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.

• Berikut adalah contoh snek yang sihat; bertih jagung, roti Perancis, buah-buahan, yogurt dan bermacam-macam lagi.

• Makan makanan yang rendah lemak.

• Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

• Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh. Gunakan jem berbanding mentega dan anda dapat mengelakkan 30 kalori dan 5 gram lemak.


Sumber: Berita Harian


Elak Perut Buncit



Semua wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.

Ada 6 panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.Caranya adalah:

• Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

• MInum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

• Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

• Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

• Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang terkumpul pada perut anda.

• Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Sumber: Berita Harian

Senaman Mata & Mulut

Sebenarnya untuk senaman wajah anda tidak memerlukan waktu yang lama kerana senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Misalnya ketika anda sedang berada di kamar mandi, atau mungkin sebelum anda bersolek. Anda juga dapat melakukan senaman yang mudah ini di dalam kereta atau ketika menunggang motosikal.

Senaman untuk mata, apa yang dapat anda lakukan adalah dengan:

• Gerakan pertama, menggerakkan kedua mata anda ke arah kiri atas. Kemudian gerakkan ke arah bahagian sudut kanan bawah. Ulangi kedua-dua gerakan itu sebaik-baiknya sebanyak lapan kali.

• Gerakan kedua adalah menggerakkan mata anda ke arah sudut kanan atas kemudian ke arah sudut kiri bawah. Gerakan ini juga dilakukan sebanyak lapan kali.

• Gerakan ketiga adalah dengan menggerakkan mata anda ke atas dan kemudian ke bawah, ini pun dilakukan sebanyak lapan kali.

• Gerakan mata yang terakhir adalah membuat gerakan mengelilingi mata. Pertama gerakan ke arah kanan, seperti mengelilingi membentuk lingkaran oval. Dan kemudiannya kelilingkan gerakan tersebut ke arah kiri.

Senaman muka lainnya adalah senaman untuk mulut. Senaman ini pun tidak memerlukan waktu lama dan dapat dilakukan di mana saja. Gerakannya adalah:

• Anda membentuk mulut dengan menyebut huruf A, I, O dan E. Lakukan gerakan ini dengan gerakan yang pasti, ertinya menyebut huruf tersebut setepat-tepatnya. Misalnya huruf O, sehingga mulut mengecil sekecil-kecilnya. Atau huruf E selebar-lebarnya. Manfaat gerakan mulut ini untuk menggerakkan otot-otot di sekitar mulut.

Selain itu, kerajinan melakukan senaman mulut dapat mengurangkan timbulnya garis kerut di bahagian tepi mulut. Anda pun akan merasakan manfaatnya.
Ingatlah bahawa semua jenis gerakan ini berguna untuk menyegarkan wajah jika dilakukan secara rutin.

Sumber: Mingguan Wanita, 26 Sept - 2 Okt 2003 (Bersama: Delly Darlina Dimyati)


18 Perkara Untuk Langsing


1. Kawal jumlah kalori
Sebaik-baiknya, cuba kawal atau hadkan jumlah kalori yang diambil setiap hari agar usaha menurunkan berat badan menampakkan hasilnya. Elakkan makanan manis dan berlemak.

2. Ambil banyak kalori rendah
Langkah awal yang boleh anda lakukan ialah dengan mengambil lebih banyak produk berkalori rendah. Biasanya jenis makanan ini dihasilkan daripada bahan-bahan pengganti yang berkalori rendah sehingga jumlah kalorinya menjadi terbatas.

3. Jangan berlebihan
Amalan memakan produk berlabel rendah kalori tidak bererti anda bebas menikmatinya sesuka hati. Ini kerana jika sudah terlebih mengambilnya, jumlah keseluruhan kalori yang anda ambil adalah sama seperti anda memakan kalori dalam kuantiti yang banyak.

4. Madu = gula
Gula ataupun madu? Kedua-duanya sama sahaja. Tahap kemanisan dan kalori yang terkandung dalam kedua-dua bahan ini tidak banyak berbeza. Jadi, elakkan diri daripada menggunakan madu terlalu banyak hanya kerana anda ingin mendapatkan rasa yang manis seperti gula.

5. Bijak Pilih Buah
Kebanyakan buah yang mengandungi karbohidrat yang tinggi mempunyai jumlah kalori yang tinggi juga. Jadi, sebagai pilihan yang selamat, adalah lebih baik jika anda memakan buah-buahan tempatan seperti betik, limau ataupun tembikai yang telah terbukti mempunyai kandungan kalori yang rendah.

6. Kurangkan makan
Mulai daripada saat ini, cubalah untuk mengurangkan jumlah makanan yang hendak diambil. Jadi, aturlah menu seharian dan jangan lupa disertai dengan aktiviti senaman. Gabungan kedua-duanya pasti membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat.

7. Beri lebih tumpuan
Anda juga perlu lebih memberikan lebih fokus terhadap usaha anda untuk mencipta sesuatu yang baru (berusaha untuk langsing) dalam rutin harian yang bakal anda tempuh selepas ini.

8. Nasi = mi = karbohidrat tinggi
Biasanya jika menyentuh tentang diet, kebanyakan orang menyatakan bahawa mereka cuba mengelakkan diri daripada menjamah nasi tetapi menggantikan menu ini dengan mi, kentang, pasta ataupun makanan-makanan lain yang sama jumlah kalorinya dengan nasi. Perlu diketahui, bahawa kesan yang bakal anda rasai daripada pengambilan makanan berkarbohidrat sebegini adalah sama seperti anda mengambil nasi.

9. Kuasa air putih
Air putih punya kelebihannya yang tersendiri. Justeru, anda perlu membiasakan diri untuk meminum air putih sebelum makan atau mengunyah sesuatu. Dengan cara sebegini, anda akan lekas kenyang dan dapat mengurangkan jumlah makanan yang hendak dimakan. Sebaik-baiknya minum air putih 20 minit sebelum waktu makan.

10. Simpan makanan segar
Daripada menyimpan stok bahan makanan yang perlu dimasak terlebih dahulu (makanan dalam tin), adalah lebih bagus jika anda menyimpan makanan yang segar. Makanan segar lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

11. Motivasikan diri
Sebagai motivasi diri, apa kata anda cuba cadangan ini. Gantung baju idaman anda yang saiznya lebih kecil daripada saiz baju yang anda pakai sekarang. Lihatlah baju tersebut setiap hari dan tanam azam dalam diri untuk membolehkan anda memakainya suatu hari nanti apabila telah kembali langsing.

12. Tidur mencukupi
Para penyelidik dari University of Chicago mendapati bahawa tidur yang mencukupi dapat mempercepatkan pembakaran metabolisme pada tubuh setiap wanita sehingga 40 peratus.

13. Sarapan jangan diabaikan
Wanita yang berdiet sering mengabaikan sarapan. Jangan begitu! Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat setiap hari, ia secara tidak langsung dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang perlu diambil di waktu makan tengah hari. Jadi, anda dapat mengurangkan jumlah makanan yang bakal diambil.

14. Buang tabiat buruk
Untuk memastikan anda berjaya melangsingkan tubuh, anda perlu menyingkirkan tabiat buruk yang satu ini. Kebanyakan orang suka makan di tempat tidur, makan sambil menonton televisyen ataupun membaca. Jadi, elakkan daripada berterusan melakukan tabiat sebegini.

15. Minum teh hijau
Hasil kajian oleh University of Switzerland berjaya membuktikan bahawa kekerapan meminum teh hijau mampu membantu anda membakar kalori dalam tubuh dengan lebih cepat dan efektif.
16. Naik tangga, turun tangga
Sekiranya anda malas ataupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan senaman, cara mudah yang boleh anda amalkan ialah dengan melakukan aktiviti naik tangga, turun tangga. Dengan beberapa langkah menaiki dan menuruni anak tangga, anda akan peroleh kesannya dalam masa yang singkat kerana ia sama seperti anda berjoging. Namun, awas! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini dengan memakai kasut yang bertumit tinggi bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

17. Amalkan regangan
Kerajinan anda melakukan senaman regangan juga boleh membantu anda mencapai impian. Melakukan regangan sebelum tidur akan membantu tubuh melentur. Dengan itu, anda dapat melakukan apa sahaja jenis senaman yang bersesuaian. Tambah menarik jika anda sememangnya mempunyai asas yoga. Ia tentu lebih berkesan!

18. Berlari secara tenang
Kaedah berlari yang baik adalah larian yang dilakukan tanpa mementingkan tahap kelajuan larian. Ia seharusnya dilakukan dalam keadaan yang tenang, bersahaja dan jika diizinkan anda boleh berlari sambil berbual-bual dengan teman yang turut sama berlari dengan anda pada ketika itu.

Sumber: Pa&Ma (November 2005)



Cegah Masalah Jeragat Dari Akar Umbi

Sekalipun tiada rasa sakit, namun tompok hitam atau jeragat pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat pada wajah dan leher sememangnya memberikan rasa tidak selesa dan kadang kala menghilangkan keyakinan seseorang.

Kehadiran tompok hitam membuatkan warna kulit menjadi tidak sekata. Ini boleh berlaku pada semua orang pada suatu masa dalam hayatnya.

Masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi tumbuh pada beberapa bahagian badan, wajah dan leher serta celah ketiak.

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan tidak bermaya sekaligus menjejaskan penampilan seseorang itu.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Masalah pigmentasi adalah perkara biasa terutama di kalangan wanita Asia. Statistik menunjukkan 40 peratus wanita dan 10 peratus lelaki mengalami masalah ini.

Wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

Masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi.

Jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.

Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.

Bagi mengelak terjadinya jeragat atau pigmentasi, kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat dan anda dinasihat mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.

Pengambilan vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit di samping memastikan pengambilan air yang cukup bagi mengekalkan keanjalan kulit.

Ada juga dikalangan mereka yang menghadapi masalah pigmentasi mendapatkan rawatan dari salun kecantikan dan pakar kulit. Rawatan yang digunakan adalah kaedah kosmetik seperti kupasan kulit dengan bahan kimia, rawatan laser, IPL (Intense Pulse Light) dan mikro-dermabrasi.

Rawatan kimia dan mekanikal ini hanya mengatasi masalah di bahagian luar kulit dan biasanya membawa kesan sampingan seperti kemerahan atau kesengatan kulit, jangkitan bakteria, kulit berparut dan keradangan hyper pigmentasi.

Oleh itu, sebaiknya nasihat pakar ialah mendapatkan kombinasi pemakanan supplemen tambahan semula jadi dengan penggunaan pelindung matahari dalam mengatasi masalah
pigmentasi dengan lebih berkesan dari akar umbinya.

Sumber: Berita Harian
Wednesday, March 17th, 2010

Tips Memilih Foundation

Perbezaan jenis kulit wajah merupakan faktor penting dalam menentukan foundation yang sesuai digunakan. Terdapat beberapa jenis foundation yang memiliki manfaat berbeza mengikut jenis kulit wajah masing-masing.

Liquid Foundation
Merupakan jenis foundation yang sangat popular kerana berbentuk cecair yang mana mudah disapu pada wajah. Ianya sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak ataupun kering. Water-based sesuai untuk kulit wajah berminyak dan Oil-Based untuk kulit wajah kering.


Powder Foundation
Untuk mendapatkan kesan wajah natural, memakai powder foundation merupakan pilihan yang tepat sebagai make up asas anda. Biasanya powder foundation dipakai bagi wanita yang tidak ingin memakai make up terlalu berat. Tidak seperti liquid foundation atau cream foundation, powder foundation tidak mengandungi lebih pelembap (extra moisturizer) sehingga sesuai untuk jenis wajah berminyak, tetapi tidak disarankan untuk jenis wajah yang kering.


Cream Foundation
Jika anda ingin menghadiri sebuah majlis atau event penting yang memerlukan waktu cukup panjang, cream foundation sangat sesuai dipakai sebagai make up basic anda. Teksturnya yang lebih padat dibanding jenis foundation lain, mampu menutupi noda hitam, jerawat dan masalah lain di wajah. Biasanya cream foundation ini tersedia dalam bentuk padat, stick atau tube. Cream foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kecuali jenis kulit berminyak.




Tips Memilih Bedak Muka

Bedak adalah sahabat sejati wanita. Tetapi, tidak semua jenis bedak sesuai untuk setiap jenis kulit. Kenali jenis-jenis bedak serta tips pemakaiannya.

Loose Powder
Dikenal sebagai bedak tabur, dalam bentuk serbuk yang halus. Dikenakan setelah memakai foundation.

Kelebihan : Mudah menyerap minyak diwajah dan menutupi pori-pori wajah dengan lebih sempurna.
Kekurangan : Mudah tumpah, kurang praktik. Maksima penggunaan dua tahun.

Compact Powder
Bentuknya sangat padat, digunakan setelah pemakaian foundation.
Kelebihan : Cepat menyerap sekaligus mengurangi minyak. Tidak mudah tumpah dan praktikal dibawa kemana-mana.
Kekurangan : Bila disapu berulang-ulang akan membuat wajah kelihatan seperti memakai topeng. Sebaiknya disapu nipis sahaja. Boleh dipakai hingga 15 bulan.

Shimmering Powder
Berbentuk serbuk, berwarna, dan berglitter. Digunakan sebagai sentuhan akhir selesai bersolek. Bedak jenis ini boleh disapu di leher atau lengan sekiranya anda memakai pakaian singkat.
Kelebihan : Wajah dan tubuh nampak berkilau dan bercahaya. Tersedia dalam aneka warna, dapat disesuaikan dengan tema solekan.
Kekurangan : Hanya boleh dipakai pada acara-acara khusus. Penggunaan maksima 15 bulan.
Meteorite Powder
Bentuknya bulat kecil berwarna-warni. Digunakan setelah bermake-up sebagai sentuhan akhir. Jarang digunakan kerana agak mahal dan sukar didapati.
Kelebihan : Wajah kelihatan lebih bercahaya dan segar.
Kekurangan : Harganya sangat mahal kerana belum banyak pengeluar yang mengeluarkan produk seperti ini.
Two Way Cake Powder
Bentuknya mirip compact powder, tapi memiliki fungsi berganda, iaitu sebagai bedak sekaligus foundation. Digunakan setelah memakai pelembab dengan memakai span kering jika ingin digunakan sebagai bedak, dan digunakan memakai span basah jika ingin digunakan sebagai foundation.
Kelebihan : Sangat praktikal kerana berfungsi sebagai alas bedak, menutup dan menyerap minyak.
Kekurangan : Warna-warnanya sangat terbatas. Masa pemakaian 1 tahun


Warna Serlah Mata


LIRIKAN mata menggoda mampu memikat hati sesiapa saja yang memandangnya. Lantaran itu, si pemilik mata besar dan bulat badam lebih beruntung kerana teknik solekan tidak terlalu sukar, sementara mainan rona warna juga tidak menjadi masalah.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang memiliki mata kecil, sepet dan kuyu? Terpaksalah ‘bekerja’ lebih sikit pada bahagian berkenaan dengan mempelajari teknik solekan yang betul supaya keindahan mata tidak diabaikan sesiapa saja yang memandangnya.

Lantaran itu, pembayang mata pelbagai warna, penggaris mata dan pelentik bulu mata diperkenalkan supaya ia tidak menghampakan pemiliknya. Tetapi, perlu ditekankan di sini bahawa teknik menggunakannya juga perlu betul kerana silap ‘langkah’ alamatnya wajah nampak comot dan kelihatan pelik.

Rona terang untuk mata:

Pemilihan warna bersesuaian dapat serlahkan mata supaya nampak lebih besar

Begitupun, ada teknik solekan bersesuaian yang dapat membantu menambah seri mata antaranya kaedah mewarna kelopak mata dengan pembayang pelbagai rona sebelum menggariskan alis untuk menyerlahkan lagi bentuknya. Bagi yang ingin nampak seimbang, lantas maskara dicapai sebagai langkah terakhir dalam teknik solekan mata.

Kesannya jelas bagi kebanyakan mata jenis bulat dan besar kerana pemiliknya mudah ‘mempermainkan’ apa saja rona warna mengikut kesukaan mereka. Tetapi, ia bukan perkara mudah bagi si pemilik mata jenis sepet, kuyu atau Oriental dan kecil.

Ketua Juru Solek jenama Shu Uemura Malaysia, Frederick Ng, berkata mata kecil dengan satu kelopak nipis adalah mata yang unik dan rumit yang dimiliki kebanyakan wanita Asia kerana mata jenis itu berdepan dengan banyak cabarannya dalam konteks solekan.

Katanya, bagi mata berkenaan, jenis solekan mata ‘smokey’ sangat sesuai kerana jenis solekan itu dapat membantu menyerlahkan lagi bentuk mata malah mata tampak lebih seksi. Solekan mata ‘smokey’ perlu digabungkan dengan tiga rona iaitu daripada terang hingga ke warna gelap seperti coklat gelap dan hitam. Warna berkenaan perlu disapu pada bahagian atas dan bawah mata supaya dapat menyerlahkan bentuk dan sekali gus tampak lebih galak.

“Lakukan satu trasformasi pada mata jenis kuyu dengan jenis solekan klasik kucing. Solekan klasik berkenaan paling digemari kerana mata yang kelihatan penat dan kuyu membantu mata tampak sihat dan lebih eksotik.

“Tekniknya mudah saja iaitu selepas menyapu pembayang mata daripada warna cerah, alis mata digaris dengan penggaris mata cecair atau pensil. Garisan berkenaan betul-betul berdekatan dengan bulu mata yang dioles rapi dari bahagian sudut dalam hingga ke sudut luar mata. Bagaimanapun, teknik berkenaan akan tampak lebih sempurna sekiranya menggunakan berus alis mata khas,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman juru solek profesional Shu Uemura Malaysia, ‘Accredited Artists Shu Uemura Malaysia’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai ketua pasukan ‘Accredited Artists Shu Uemura Malaysia’, Ng yang sudah menceburi bidang kecantikan sejak 10 tahun lalu berkata, mata kecil masih boleh tampak cantik dan besar apabila menggunakan teknik yang tepat.

“Selepas mengamati masalah itu, saya dapati pembayang mata daripada warna terang paling sesuai untuk mata jenis berkenaan kerana rona lembut itu membantu untuk menyerlahkan keindahan mata sebenar. Tambahan pula, jika menggunakan warna penggaris mata yang terang pada alis mata atas dan juga bawah, kesannya sangat drastik dan seimbang.

“Ini kerana memilih warna terang sebagai rona paling sesuai kerana ia mampu memberi kesan cembung. Walaupun, kebanyakan wanita berpendapat rona gelap dikatakan lebih mampu menyerlahkan bentuk serta nampak lebih besar sebaliknya warna berkenaan akan menunjukkan kesan cengkung sekali gus memberi impak mata tampak lebih kecil,” katanya.

Beliau tidak menafikan, mata yang sangat diidam-idamkan oleh semua wanita ialah mata jenis bulat badam dan besar. Sehubungan itu, katanya, untuk solekan mata jenis bulat tidak terlalu sukar kerana bentuknya serba boleh dalam mencipta pelbagai jenis rupa dan gaya mengikut kesukaan pemilik mata menawan itu.

“Bagaimanapun, kita menyarankan untuk mata bulat badam itu supaya menggariskan alis kelopak mata dengan penggaris mata secara nipis saja. Tidak perlu terlalu tebal seperti kadar yang diperlukan oleh mata jenis sepet atau kuyu. Bulu mata untuk jenis mata bulat badam pula lebih mudah dioles maskara sebagai langkah terakhir solekan mata,” katanya.

Ng antara ketua kumpulan Accredited Artists 2009 yang akan bergabung dengan kumpulan International Artistic Director Kakuyasu Uchiide dan International Chief Make-up Artist Yuji Asano dalam usaha menginterpretasikan rupa dan memperkembangkan koleksi baru serta mencipta visual jenama global. Selain beliau, lima lagi juru solek profesional Shu Uemura iaitu Lisa Yap, Jayce Liew, Peggie Ng, Anges Ng dan Lavynia Tam.

Berbicara lagi mengenai solekan mata, Frederick berkata, tidak dinafikan mata adalah bahagian paling sukar dalam sesi solekan selain teknik mencantikkannya memakan masa paling lama. Hakikatnya, siapa yang tidak mahu mata kelihatan sempurna selepas bersole, kerana teknik solekan yang betul membantu seseorang wanita bertambah yakin dengan diri masing-masing.

Selain itu, tren kecantikan berubah setiap musim. Namun, sebagai individu yang sentiasa mahu kelihatan segar dan cantik perlu belajar daripada pengalaman dan olahan mekap sendiri. Walaupun gaya fesyen terkini dan pakar kecantikan antarabangsa menyarankan supaya memilih warna terkini mengikut setiap musim, setiap wanita perlu mencari formula yang bersesuaian tanpa terlalu mengikuti tren terbaru sepenuhnya.

“Daripada memilih perubahan berkenaan dan tampak tidak sesuai, tidak salah sekiranya kita memilih warna dan cara penampilan yang selesa pada diri sendiri. Berpeganglah kepada gaya sendiri dan anda tidak perlu lagi risau mengenai tren kecantikan yang akan diperkenalkan mengikut musim pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tips Solekan Untuk Bibir

Untuk menjadikan bibir anda nampak seksi
betukkan bibir terlebih dahulu menggunakan lipsliner (warna mestilah lebih gelap daripada warna lipstick). Kemudian sapukan lipstick dan ratakan pada bibir menggunakan berus.


Untuk menjadikan bibir anda nampak glamor
selepas lipstick disapukan.. pakai pula lipgloss yang mengandungi glitter. pastikan padnaan warna lipstick kena dengan mekap di bahagian mata.


Untuk menjadikan bibir anda nampak segar
sapukan pelembab bibir dan kemudian pakai lipgloss daripada warna natural atau pastel.


Untuk menjadikan bibir anda nampak tebal & penuh
bagi yg berbibir tebal, pilihlah lipstick yang berwarna natural. bagi yang berbibir nipis, lipstick daripada warna gelap adalah lebih sesuai.


Bulu Mata Anda



JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG NIPIS
* perkara yang selalu dilakukan ialah pakai bulu mata palsu
* kalau tak mau pakai bulu mata palsu, cuba sapukan maskara dengan fungsi penebalan
* sapukan sehingga 3 lapisan
* tapi biarkan setiap lapisan itu kering dulu sblm melakukan lapisan seterusnya.
* selain itu boleh jugak pakai eyeliner kerana ia mampu memberi ilusi bulu mata lebih lebat

JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG PENDEK
* jadikan pelentik bulu mata sbg gajet (cehh gajet) yang perlu/mesti ada dlm beg mekap
* panaskan pelentik bulu mata dgn pengering rambut sblm ia digunakan (kalau rendah dlm air panas bole ker yer? sbb saya tak der pengering rambut)
* mulakan melentik bulu mata pada bahagian pangkal bulu mata dengan hati2 dan perlahan.
* kemudian lentikan pula bahagian tengah dan diikuti dgn hujung bulu mata.
* akhir sekali, pakai la maskara mcm biasa

JIKA ANDA MEMPUNYAI BULU MATA YANG LURUS
* pakai maskara daripada pangkal bulu mata hingga ke hujung
* pakai sekali lagi maskara utk lapisan kedua bermula dari bahagian tengah bulu mata hingga ke hujung.
* pakai sekali lagi maskara utk lapisan kedua tetapi hanya pakai pada hujung bulu mata saja.
* jgn lupa pakai maskara di bulu mata di sudut mata supaya meninggalkan kesan mata yg lebih galak..

Panduan Menjaga Kuku Dan Kulit Kaki Serta Tangan



Anda semua pasti biasa mendengar perkataan manicure dan pedicure kan?? Kedua-duanya adalah berkaitan dengan tatarias kuku tangan dan kaki. Kuku yang bersih menunjukkan tahap kebersihan diri seseorang tau.

Pernahkah anda melakukan rawatan kuku? Berapa kerap anda melakukannya?
# Untuk memastikan tata rias kuku bertahan lama, sapukan minyak kutikel pada lapisan atas kuku selepas rawatan bagi membantu mengekalkan kesan kilat dan lembab. Kesannya berpanjangan selepas sehari melakukan rawatan.

# Untuk mengekalkan kecantikan kuku, sapukan ia dua hari sekali supaya sentiasa nampak berkilat dan baru.

# Gunakan minyak kutikel khas supaya ia menjadi lembut dan lembap. Minyak kutikel membantu mengelakkan kutikel kasar dan kering daripada timbul.

# Elakkan kulit daripada kering bagi menjaga kuku kaki dan tangan kelihatan muda remaja. Minum air sebanyak mungkin. Selain itu, sapu losyen yang kaya dengan kolagen yang boleh menyerap kulit tangan, kaki serta lebihkan ia pada bahagian yang sangat kering.

# Lakukan rawatan kuku sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk rias kuku tangan dan sekali sebulan untuk rias kuku kaki. Jangan biarkan ia dibiar lama tanpa penyelenggaraan seterusnya.

# Bagi mengekalkan kuku sentiasa dalam keadaan baik, lindungi kuku daripada sebarang benda yang boleh merosakkan dan menjadi rapuh. Lindungi dengan cara menyapu minyak khas pada permukaan kuku.

# Untuk hasil terbaik, gilap kuku terlebih dahulu bagi melindungi ia daripada pecah.

# Kuku kaki lebih terdedah kepada kesakitan dan kekeringan kerana salah memakai kasut. Amalkan dengan mengeringkan kaki dengan betul dan periksa tapak yang pecah dan kering yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria.

# Gunakan berus kuku dan berus penyental bagi membuang sel kulit mati di tapak kaki. Jika kaki terkena jangkitan bakteria, sapukan bedak.

# Gunakan stokin jenis kain kapas bagi membantu menyerap kelembapan.

# Sapu losyen pelembap setiap malam yang kaya dengan mentega shea dan Vitamin E supaya kaki lembut dan lembab sentiasa.



Lelaki & Minyak Wangi – Tip Pilih Haruman Sesuai

BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.

Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Sama ada haruman berteraskan unsur rempah atau buah-buahan sitrus, ada minyak wangi dicipta lebih istimewa dengan kombinasi pelbagai bahan.

Fungsi haruman lelaki merangkumi perbezaan siang dan malam di mana unsur segar dan lembut lebih sesuai digunakan waktu siang manakala haruman jenis berempah dan kasturi sesuai disembur pada waktu malam.

Potensi pasaran untuk haruman lelaki semakin menggalakkan. Ini membuatkan banyak jenama meningkatkan kandungan selain mempelbagaikan haruman baru termasuk kandungan unisex.Secara keseluruhan lelaki urban menggemari haruman bercirikan maskulin. Jejaka juga suka haruman yang dapat bertahan lama.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Apa itu parfum, edp,edt dan edc



Haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangian tersebut. Lebih pekat haruman itu, lebih kuat baunya dan lama ia kekal

1. Parfum (sebutannya Par-fam)
* Paling pekat
* Paling mahal dan berharuman paling kuat

2. Eau de Parfum
* Kepekatan kedua tertinggi.
* Tahan lama hingga 8 jam.
* Sesuai untuk dipakai ke majlis formal atau makan malam
3. Eau de Toilette
* Kurang pekat.
* Haruman separa ringan dan kekal sekitar 3-4 jam.
* Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat atau jamuan ringan.

4. Eau de Cologne
* Kepekatan terendah
* Haruman ringan dan kekal sekitar 2-3 jam.
* Sesuai untuk pemakaian kasual atau berada di dalam cuaca panas.

Kategori haruman:

Bunga-bungaan
[Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.]

Buah
[Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.]

Lautan
[Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.]

Kehijauan
[Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi]

Oriental
[Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.]

Tumbuhan Kayu
- Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.




Tips Pilih Minyak Wangi Ideal


1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

2. Eau de Parfum(EDP) lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette (EDT).

3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.


Tip Memilih Perfume

Ada beribu-ribu jenis haruman dengan harga yang paling rendah sehingga menjangkau ribuan ringgit untuk sebotol perfume. Namun bagaimana untuk mengetahui bahawa perfume itu sesuai atau tidak dengan diri anda?
Antara yang perlu diketahui ialah sebelum membeli perfume, kena pastikan dahulu apa citarasa anda terhadap perfume.Adakah anda sukakan bau yang lembut, bau yang kuat atau bau yang 'sporty'.

Lihat di keterangan mengenai perfume tersebut, pilih sama ada anda inginkan yang berbau bunga-bungaan, bau buah-buahan, bau alam dan sebagainya.

Untuk mendapatkan bau yang lembut dan semulajadi pilihlah perfume yang mengandungi unsur rose atau lavender.

Untuk mendapatkan bau yang agak 'sporty' pula pilih campuran yang mengandungi citrus atau bergamot.

Selain itu, bau semulajadi badan juga memainkan peranan sama ada wangian itu sesuai atau tidak.

Jika wangian yang anda pilih itu mempunyai bau yang kuat, semburkan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau semulajadi.